Saturday, April 14, 2012

Bab 1:2012 Tahun Seram?


Meeya pun ingin memberitahu hasratnya kepada cikgu Hawa.Meeya pun memanggil Cikgu Hawa.Cikgu Hawa,boleh tidak saya jumpa cikgu selepas tamat jam sekolah?Kata Meeya."Oh,boleh!Saya tunggu ya."

Selepas tamat jam waktu sekolah,Meeya ingin memberitahu bahawa sebenarnya Anis yang menolak Meeya sehingga jatuh.Bukan Qaseh.Pada masa itu,Qaseh sudah pun balik ke rumahnya.Yang tinggal di dalam kelas hanya saya dan Anis sahaja.Meeya pun bercerita panjang lebar.Sedar tidak sedar sudahpun pukul 1:00 petang.Meeya pun meminta izin kepada Cikgu Hawa yang dia ingin pulang ke rumah.

Ayah Meeya pun mengambil Meeya dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda iaitu Alza.Ayah Meeya bertanya "kamu ada apa-apa masalah ke?"Meeya pon menjawab"tiada apa-apa lah ayah"

-------------------------------------------------------------------------------

Meeya pun menuruni anak tangga sambil berkata dalam hati"adakah ayah dan ibu akan membenarkan aku buka komputer riba?Sejurus kemudian,Meeya pun menanyakan,Ayah ibu,boleh saya buka komputer riba?
Boleh kata ayah.Meeya yang dalam hati berasa seronok sangat.Meeya pun membuka laman sosial yang dia gemari.Antaranya ialah Facebook,Blog dan twitter..

****************************************************************************
BERSAMBUNG
M/S 4

Bab 1:2012 Tahun Seram?


Ini adalah sambungan halaman 3

Anis mengalirkan air mata kerana guru disipiln SK SG KANTAN ialah Cikgu Azli.Cikgu Azli menyuruh Anis mengaku adakah dia yang menyebabkan Meeya jatuh?Malangnya,Anis tidak mahu mengaku,malah dia menuduh Qaseh yang berbuat demikian.Qaseh juga turut dipanggil.Cikgu Azli menyuruh Anis dan Qaseh mengaku.Untuk mengelakkan Anis yang didenda,Anis memijak kasut Qaseh supaya Qaseh mengaku yang dia lakukan.Tiba-tiba cikgu Azli memegang rotan yang diberbuat daripa buluh itu menyuruh Qaseh mengangkat tangan.Nah,sedas rotan telah dirasai oleh Qaseh.

Meeya menelefon Qaseh untuk mengajak Qaseh ke Perpustakaan Awam.Qaseh pun memegang gagang telefon dan bertanya"Ada apa Me..eya"dengan nada yang sedang menangis
Meeya pun menjawab"Oh,saya ingin mengajak awak ke perpustakaan awam!Awak nak ikut?Saya nak tanya kenapa nada awak begitu sedih?"Qaseh yang dari tadi terdiam menjawab"Tiada apa-apa lah...Saya tunggu awak di taman pada jam 12 tengah hari."Okey lah jawab Meeya

Meeya dan Qaseh pun menunggu ayah dan ibu Meeya.Mereka sudahpun samapi ke lokasi yang ditujui..Tiba-tiba Ayah Meeya mendapat panggilan dari pejabat tempat mereka bekerja.Meeya bertanya"Ada apa-apa ke ibu,ayah?'' serentak ibu Meeya menjawab"Ibu dengan Ayah ada hal dekat pejabat."Korang berdua jaga diri baik-baik yea.Kalau dah puas telefon Ayah kata Ayah Meeya.Sebelum ayah dan ibu Meeya berangkat,Ayah Meeya menghulurkan duit RM 200.00 kepada mereka berdua..

Oh,baru aku teringat,aku nak tanya Dekat Qaseh apa yang berlaku! kata Meeya.

Qaseh kenapa mata awak merah?
Saya baru lepas menangis
Siapa yang buat awak menangis Qaseh?
Saya dipukul Cikgu Azli
Kenapa awak dipukul?
Saya dituduh menolak awak sampai jatuh.

Meeya baru teringat,ini mesti kerja Anis.Ah,aku mesti beritahu dekat Cikgu Hawa nie.
*****************************************************************
BERSAMBUNG

M/S 3

Thursday, April 12, 2012

Bab 1:2012 Tahun Seram?




Ini adalah sambungan cerita tersebut..Kalau anda terlepas untuk membaca boleh ke link Sini..(jangan risau bukan link churp-churp)

Meeya dengan muka yang serba salah bertanya,"Cikgu,saya mohon maaf kalau saya bising dalam kelas".Cikgu Azli pun menjawab"Baiklah,cikgu maafkan."..Dengan angkuhnya The Violet Girls menjeling mata kepada Meeya dan Qaseh.Cikgu Azli yang dari tadi menjadi pemerhati untuk memerhati tingkah laku The Violet Girls itu.Satu sekolah sudah mengenali kumpulan itu.Mereka popular kerana,mereka gedik,tingkah laku yang tidak sopan dan suka menyampuk apa yang guru mereka perkatakan.

Jam menunjukkan pukul 12:50.Ini adalah waktu balik.Siapa yang tidak suka balik?.Damia Iliyana,An-Nur Kamilia,Nur Saidah Izzati,Nurul Humaira Atiqah,Meeya Aisyah Sofia dan Qaseh Maisara..mengemas beg masing-masing.Ketika Meeya sedang meneruni anak tangga,Anis iaitu ketua kumpulan The Violet Girls menolak Meeya sehingga kepala Meeya berdarah dan pengsan.Ketika itu,tiada siapa yang melihat kejadian itu.Selepas beberapa jam kemudian,tukang sapu di sekolah itu menyapa Meeya,tetapi Meeya tidak menjawab.Lantas tukang sapu itu panik dan tidak tahu nak buat apa.Kebetulan ketika itu,ibu Meeya datang ke sekolah kerana risau Meeya tidak balik.Ibu Meeya yang melihat kejadian itu,menjerit sekuat hati dan menangis teresak-esak dan terus
membawa Meeya ke Hospital Kajang.

Selang beberapa minit kemudian,pihak hospital menghabarkan bahawa Meeya luka di bahagian dahi kerana dahi Meeya terkena bucu tangga.Ibu Meeya pun segera menelefon ayah Meeya.Ayah Meeya yang kini berada di pejabat,membuat muka panik.Meeya yang dari tadi sudah sedarkan diri,memanggil ibunya."ibu,jangan risaukan Meeya ibu,ini semua salah Meeya kerana..."Ayat itu tergantung kerana dahi Meeya tiba-tiba berdarah.

Pada keesokan harinya,Ayah Meeya hadir ke sekolah untuk mengkhabarkan bahawa Meeya tidak hadir ke sekolah selama 2 hari.The Violet Girls yang dari tadi mencuri dengar dari tadi,terkejut dan seronok kerana Meeya berjaya disingkirkan."Hahahahahah,padan muka kau Meeya.Tulah aku cakap jangan jadi orang yang muslimah,tapi kau degil juga"Kata Anis(T.V.G)

Meeya yang sudah tidak sabar hadir ke sekolah kerana doktor memberi Meeya keluar awal dari hospital.Meeya menceritakan pada sahabat baiknya.Meeya menceritakan bahawa Anis yang menolaknya.Qaseh yang dari tadi asyik mendengar,tiba-tiba dia menggumpal buku lima dan menasihati Meeya agar memberitahu guru disiplin iaitu Cikgu Azli.Pada mulanya,Meeya enggan kerana takut diugut lagi,tapi selepas dinasihati oleh Qaseh,dia segera pergi ke ruangan disiplin dan menceritakan segala-galanya.Cikgu Azli yang diam seribu bahasa tadi terus menelefon Cikgu Ruhayu untuk memanggil Anis.Anis pun telah tiba di ruangan itu.Anis yang dari tadi menjeling ke arah Meeya,tiba-tiba mengalir air mata...
******************************************************************************

BERSAMBUNG

M/S 2

Wednesday, April 11, 2012

Bab 1:2012 Tahun Seram?



Bab 1:2012 Tahun Seram?

Meeya sangat seronok kerana esok dia akan ke sekolah semula.Meeya segera menuntun basikal miliknya untuk pergi ke tama permainan yang berdekatan dengan rumahnya.Itulah rutin harian Meeya pada sebelah petang.

Selepas makan malam mereka sekeluarga akan berkumpul di ruang tamu untuk bersembang.Meeya sedang asyik bermain permainan komputer,tiba-tiba ayah Meeya,Encik Zairi menegur Meeya.Ayah Meeya bertanya"Meeya,tahun depan kamu akan mengahadapi peperiksaan UPSR?"Lantas Meeya pun segera menjawab,"Ya,Ayah..Meeya tahu."Ibu Meeya pun berkata,Meeya pergi tidur..Sudah lewat malam ini..
Meeya pun menjawab dengan mendengus"Ya lah Ibuku Sayang."
..............................................................................................

Meeya ke sekolah dengan hati nan riang.Meeya berada di kelas 5 Dahlia.Meeya adalah seorang pengawas pusat sumber.Meeya duduk bersebelahan dengan Aina Insyirah.Pada jam 7:50 loceng berbunyi menandakan perhimpunan pagi Isnin.Memang tidak dinafikan lagi,ramai dikalangan pelajar yang tidak sukakan perhimpunan pada hari Isnin termasuk Meeya.

Pada perhimpunan pagi itu,Meeya berasa seronok kerana,Meeya diiktirafkan sebagai Pengawas Pusat Sumber Yang Rajin di Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan..Meeya juga tidak sangka kerana dia diiktirafkan sebegitu.Ah memang tak dijangka.

Selepas habis ucapan dari guru-guru,semua pelajar naik ke kelas masing-masing.Guru kelas Meeya masuk ke kelas dan lantas memberi salam.Meeya mengangkat tangan lantas bertanya."Ustazah,siapakah yang akan jadi ketua kelas dan penolong ketua kelas?''

Lantas ustazah pun menjawab."Baiklah,mari kita bersama-sama membuat undian".

Okey sekarang sudah ada K.K dan P.K.K. di kelas kita..Kata Ustazah Norwati.

Kring,,,loceng menandakan waktu rehat sudah tamat...Kini,giliran Cikgu Azli iaitu guru Matematik di kelas Meeya..

Meeya berborak sebentar dengan Qaseh Maisara.Tiba-tiba Cikgu Azli,guru Matematik mereka datang ke kelas mereka.Alangkah terkejutnya,rupa-rupanya cikgu ini masuk dari pintu belakang..

Lantas Cikgu Azli membuat mimik muka geram kerana...Mereka bercakap di dalam kelas..Cikgu Azli pun meminta mereka mengeluarkan tiga buah buku tulis matematik.
...................................................................................................................................
Bersambung..

M/S 1

Aku..Dia..Dan Blog







Ini Adalah Novel Sulung Saya.

"Aku..Dia..Dan Blog"

Watak-watak.

Meeya Aisyah Sofia:Meeya
Perwatakan:Seorang Yang Comel Dan ayu.

Qaseh Maisara:Kawan Karib Meeya
Perwatakan:Seorang yang lemah lembut

Mikos Dan Puss:Kucing Kesayangan Meeya
Perwatakan:Penghibur dikala Sedih

Encik Zairi:Ayah Meeya
Perwatakan:Seorang Yang Tegas

Puan Haiza:Ibu Meeya
Perwatakan:Seorang Yang Lemah Lembut.

The Violet Girls:Musuh Meeya dan Qaseh
Perwatakan:Dengki

Amar Yasin:Ketua Kelas 5 Dahlia
Perwatakan:Sukakan Warna Hijau.

Aina Insyirah:Penolong Ketua Kelas 5 Dahlia
Perwatakan:Kawan karib Meeya Dan Qudwah

The Girls:Ahlinya ialah:Damia Iliyana,An-Nur Kamilia,Nur Saidah Izzati,Nurul Humaira Atiqah,Meeya Aisyah Sofia dan Qaseh Maisara..

Blog Ini Untuk Saya Tulis Novel Sahaja


Attention Please..Blog ini untuk yang berminat baca novel sahaja
 
© Copyright | All Right Reserved by Owner