Thursday, April 12, 2012

Bab 1:2012 Tahun Seram?




Ini adalah sambungan cerita tersebut..Kalau anda terlepas untuk membaca boleh ke link Sini..(jangan risau bukan link churp-churp)

Meeya dengan muka yang serba salah bertanya,"Cikgu,saya mohon maaf kalau saya bising dalam kelas".Cikgu Azli pun menjawab"Baiklah,cikgu maafkan."..Dengan angkuhnya The Violet Girls menjeling mata kepada Meeya dan Qaseh.Cikgu Azli yang dari tadi menjadi pemerhati untuk memerhati tingkah laku The Violet Girls itu.Satu sekolah sudah mengenali kumpulan itu.Mereka popular kerana,mereka gedik,tingkah laku yang tidak sopan dan suka menyampuk apa yang guru mereka perkatakan.

Jam menunjukkan pukul 12:50.Ini adalah waktu balik.Siapa yang tidak suka balik?.Damia Iliyana,An-Nur Kamilia,Nur Saidah Izzati,Nurul Humaira Atiqah,Meeya Aisyah Sofia dan Qaseh Maisara..mengemas beg masing-masing.Ketika Meeya sedang meneruni anak tangga,Anis iaitu ketua kumpulan The Violet Girls menolak Meeya sehingga kepala Meeya berdarah dan pengsan.Ketika itu,tiada siapa yang melihat kejadian itu.Selepas beberapa jam kemudian,tukang sapu di sekolah itu menyapa Meeya,tetapi Meeya tidak menjawab.Lantas tukang sapu itu panik dan tidak tahu nak buat apa.Kebetulan ketika itu,ibu Meeya datang ke sekolah kerana risau Meeya tidak balik.Ibu Meeya yang melihat kejadian itu,menjerit sekuat hati dan menangis teresak-esak dan terus
membawa Meeya ke Hospital Kajang.

Selang beberapa minit kemudian,pihak hospital menghabarkan bahawa Meeya luka di bahagian dahi kerana dahi Meeya terkena bucu tangga.Ibu Meeya pun segera menelefon ayah Meeya.Ayah Meeya yang kini berada di pejabat,membuat muka panik.Meeya yang dari tadi sudah sedarkan diri,memanggil ibunya."ibu,jangan risaukan Meeya ibu,ini semua salah Meeya kerana..."Ayat itu tergantung kerana dahi Meeya tiba-tiba berdarah.

Pada keesokan harinya,Ayah Meeya hadir ke sekolah untuk mengkhabarkan bahawa Meeya tidak hadir ke sekolah selama 2 hari.The Violet Girls yang dari tadi mencuri dengar dari tadi,terkejut dan seronok kerana Meeya berjaya disingkirkan."Hahahahahah,padan muka kau Meeya.Tulah aku cakap jangan jadi orang yang muslimah,tapi kau degil juga"Kata Anis(T.V.G)

Meeya yang sudah tidak sabar hadir ke sekolah kerana doktor memberi Meeya keluar awal dari hospital.Meeya menceritakan pada sahabat baiknya.Meeya menceritakan bahawa Anis yang menolaknya.Qaseh yang dari tadi asyik mendengar,tiba-tiba dia menggumpal buku lima dan menasihati Meeya agar memberitahu guru disiplin iaitu Cikgu Azli.Pada mulanya,Meeya enggan kerana takut diugut lagi,tapi selepas dinasihati oleh Qaseh,dia segera pergi ke ruangan disiplin dan menceritakan segala-galanya.Cikgu Azli yang diam seribu bahasa tadi terus menelefon Cikgu Ruhayu untuk memanggil Anis.Anis pun telah tiba di ruangan itu.Anis yang dari tadi menjeling ke arah Meeya,tiba-tiba mengalir air mata...
******************************************************************************

BERSAMBUNG

M/S 2

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright | All Right Reserved by Owner