Wednesday, April 11, 2012

Bab 1:2012 Tahun Seram?



Bab 1:2012 Tahun Seram?

Meeya sangat seronok kerana esok dia akan ke sekolah semula.Meeya segera menuntun basikal miliknya untuk pergi ke tama permainan yang berdekatan dengan rumahnya.Itulah rutin harian Meeya pada sebelah petang.

Selepas makan malam mereka sekeluarga akan berkumpul di ruang tamu untuk bersembang.Meeya sedang asyik bermain permainan komputer,tiba-tiba ayah Meeya,Encik Zairi menegur Meeya.Ayah Meeya bertanya"Meeya,tahun depan kamu akan mengahadapi peperiksaan UPSR?"Lantas Meeya pun segera menjawab,"Ya,Ayah..Meeya tahu."Ibu Meeya pun berkata,Meeya pergi tidur..Sudah lewat malam ini..
Meeya pun menjawab dengan mendengus"Ya lah Ibuku Sayang."
..............................................................................................

Meeya ke sekolah dengan hati nan riang.Meeya berada di kelas 5 Dahlia.Meeya adalah seorang pengawas pusat sumber.Meeya duduk bersebelahan dengan Aina Insyirah.Pada jam 7:50 loceng berbunyi menandakan perhimpunan pagi Isnin.Memang tidak dinafikan lagi,ramai dikalangan pelajar yang tidak sukakan perhimpunan pada hari Isnin termasuk Meeya.

Pada perhimpunan pagi itu,Meeya berasa seronok kerana,Meeya diiktirafkan sebagai Pengawas Pusat Sumber Yang Rajin di Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan..Meeya juga tidak sangka kerana dia diiktirafkan sebegitu.Ah memang tak dijangka.

Selepas habis ucapan dari guru-guru,semua pelajar naik ke kelas masing-masing.Guru kelas Meeya masuk ke kelas dan lantas memberi salam.Meeya mengangkat tangan lantas bertanya."Ustazah,siapakah yang akan jadi ketua kelas dan penolong ketua kelas?''

Lantas ustazah pun menjawab."Baiklah,mari kita bersama-sama membuat undian".

Okey sekarang sudah ada K.K dan P.K.K. di kelas kita..Kata Ustazah Norwati.

Kring,,,loceng menandakan waktu rehat sudah tamat...Kini,giliran Cikgu Azli iaitu guru Matematik di kelas Meeya..

Meeya berborak sebentar dengan Qaseh Maisara.Tiba-tiba Cikgu Azli,guru Matematik mereka datang ke kelas mereka.Alangkah terkejutnya,rupa-rupanya cikgu ini masuk dari pintu belakang..

Lantas Cikgu Azli membuat mimik muka geram kerana...Mereka bercakap di dalam kelas..Cikgu Azli pun meminta mereka mengeluarkan tiga buah buku tulis matematik.
...................................................................................................................................
Bersambung..

M/S 1

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright | All Right Reserved by Owner